KUALA LUMPUR: Legenda skuasy negara Datuk Nicol David menzahirkan harapannya untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mengikut jejak langkah S. Sivasangari mencapai kedudukan 15 teratas dalam Ranking Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) dalam masa terdekat.
Bekas pemain nombor satu dunia itu berkata skuad kebangsaan bertuah kerana mempunyai barisan pemain wanita yang kuat seperti Rachel Arnold dan Aifa Azman, yang berpotensi untuk menduduki ranking teratas bersama Sivasangari.
"Berdasarkan ranking di atas kertas, Sivasangari menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam kejohanan lepas tetapi yang lain seperti Aifa dan Rachel sedang menyusul.
"Semua atlet wanita ini saling menaikkan...Mereka bersaing siapa yang mahu menjadi nombor satu atau dua untuk Malaysia dan itulah persaingan yang akan meningkatkan tahap ranking. Semoga kita ada lebih ramai (pemain) di ranking teratas," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Nicol ditemui selepas menerima sumbangan peribadi daripada tokoh korporat Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din kepada yayasannya Pertubuhan Nicol David (NDO).
Juara dunia lapan kali itu turut menekankan kepentingan bagi pemain negara mengekalkan konsistensi serta perlu lebih kerap memasuki pusingan 16 terbaik kejohanan selain lebih banyak bermain menentang pemain ranking 15 teratas, dalam usaha meningkatkan ranking mereka.
"Kejohanan disertai mereka sekarang yang akan membantu mereka. Jika mereka bermain menentang pemain 10 atau 15 teratas dan berasa selesa serta mula mengalahkan mereka (pemain ranking teratas) dengan lebih konsisten, di situlah mereka akan melakar kejayaan dan mencapai ranking yang diinginkan," katanya.
Baru-baru ini, Sivasangari yang juga juara Sukan Asia Hangzhou 2022 naik ke dua anak tangga dalam Ranking Dunia PSA (27 Nov) iaitu ke kedudukan ke-15 mengatasi kedudukan terbaiknya ke-16 pada Julai 2022.
Ia merupakan pencapaian luar biasa oleh atlet berusia 24 tahun itu selepas ditimpa kemalangan tahun lepas yang menyebabkan beliau terpaksa berehat selama hampir lapan bulan, sebelum kembali beraksi di Ivy Squash League di New York, Januari lepas.
Ranking dunia Sivasangari menurun hingga ke-50 Jun lepas iaitu kedudukan terendahnya sejak 2017 (ke-61).
Bagi Rachel pula, beliau kini berada pada kedudukan ke-27 manakala Aifa menduduki tempat ke-31 Ranking Dunia PSA.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Nicol bercakap kepada pemberita selepas menerima sumbangan peribadi daripada tokoh korporat Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din kepada yayasannya Pertubuhan Nicol David (NDO), hari ini. - Foto Bernama
Insiden gelora udara SIA: 131 penumpang, 12 kru tiba di Singapura melalui penerbangan gantian
131 penumpang dan 12 kru pesawat SIA SQ321 yang terlibat insiden gelora udara tiba di Singapura dengan penerbangan gantian pada 5.05 pagi Rabu.
Parti liar: Kerajaan Terengganu panggil pemilik resort
Pemilik sebuah resort persendirian akan dipanggil esok berhubung penularan beberapa keping gambar dan poster memaparkan penganjuran sebuah parti liar.
Pertukaran pemimpin mencorak pentas politik antarabangsa
Tahun 2024, adalah tahun pilihan raya di mana sekitar 50 negara melibatkan sekitar dua bilion pengundi, dan negara ASEAN tidak terkecuali. Pertukaran pemimpin ini sememangnya akan mencorak pentas politik antarabangsa.
Pengguna perlu waspada penipuan ketika beli kenderaan terpakai
Peniaga kereta import terpakai (recond) atau kereta terpakai tempatan seharusnya bersikap jujur, untuk tidak menipu pengguna tentang keadaan sebenar kenderaan.
Cristiano Ronaldo akhirnya berkongsi rancangan persaraannya
Ronaldo berkongsi pandangan tentang rancangan persaraannya, yang masih menjadi topik hangat di kalangan peminat bola sepaknya.
Peluang perkukuh kerjasama dua hala Malaysia-Jepun
Teknologi tinggi, peralihan tenaga dan alam sekitar, pertahanan, dan keselamatan serta kerjasama dalam pendidikan tinggi adalah perkara yang dijangka dibincangkan dalam persidangan tersebut.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Ireland dijangka akan mengumumkan ia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada Rabu, langkah yang ditentang keras Israel.
Pesawat turun mendadak dalam 10 saat - Penumpang SIA
Dalam pada itu, salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami gelora udara kuat, menyifatkan kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Dzafran Azmir, berusia 28 tahun memberitahu situasi bermula ketika pesawat mula berada dalam kedudukan tidak seimbang seterusnya berlaku penurunan drastik dalam masa 10 saat.
Dzafran Azmir, berusia 28 tahun memberitahu situasi bermula ketika pesawat mula berada dalam kedudukan tidak seimbang seterusnya berlaku penurunan drastik dalam masa 10 saat.
TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan selamat Hari Wesak
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Menteri Kabinet menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Lapan cap jari ditemukan di lokasi kejadian pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim disimbah asid, namun hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Sivasangari pemain skuasy wanita ketiga negara tembusi 10 terbaik dunia
Sivasangari muncul pemain wanita ketiga negara yang menembusi senarai 10 pemain terbaik selepas Nicol David dan Low Wee Wern.
Hannah Yeoh ucap tahniah pelantikan Nicol David sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nicol David atas pelantikan ratu skuasy negara itu sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia.
Peluang Sivasangari ikut jejak Nicol
Menurut Rizal, Sivasangari perlu diberi peluang melalui proses pembinaan kerjaya yang betul, sekali gus mengelak tekanan tinggi.
Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.
Merdeka Award Trust 2023 terus mengangkat budaya cemerlang
MAT ditubuhkan untuk memberi pengiktirafan kepada individu serta organisasi cemerlang yang menyumbang kepada pertumbuhan negara melalui hasil kerja dan pencapaian mereka yang luar biasa.
Nicol David, Sheikh Muszaphar terima Anugerah The Knights 2023
Anugerah The Knights 2023 bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan.
Nicol terima anugerah Reader's Digest 2023
Beliau bangga diundi dalam kategori ini sehingga membuktikan kerjaya, ketelusan dan perwakilannya dipercayai oleh semua rakyat Malaysia.
Lakaran sejarah aktres Michelle Yeoh harap jadi inspirasi atlet negara - Nicol
Datuk Nicol David berharap kejayaan bersejarah Tan Sri Michelle Yeoh akan memberi inspirasi kepada atlet Malaysia merangkul Anugerah Sukan Dunia Laureus yang berprestij pada satu masa nanti.
Tunku Imran yakin Little Legends mampu lahirkan bintang skuasy masa depan
Program Little Legends diketuai Nicol selaku ketua jurulatih dan bekas pemain bertaraf dunia Mariana de Reyes.
'Saya tak rindu beraksi, fokus lahirkan pelapis negara' - Nicol David
Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengakui tidak pernah terlintas untuk kembali bergiat aktif sebagai pemain walaupun sebelum ini ia sebati dalam dirinya selama 20 tahun.